Follow Us @soratemplates

18/06/13

81(29)

Apabila matahari digulung.  
Dan apabila bintang-bintang berguguran.  
Dan apabila gunung-gunung dihancurkan.  
Dan apabila unta-unta bunting dibiarkan.  
Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan.  
Dan apabila lautan menggelegak.  
Dan apabila diri-diri manusia dipertemukan.  
Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup diperiksa.  
Kerana dosa apakah mereka dibunuh.  
Dan apabila catatan amal dibentangkan.  
Dan apabila langit-langit dilenyapkan.  
Dan apabila neraka dinyalakan.  
Dan apabila jannah didekatkan.  
Setiap diri akan tahu apa yang telah dikerjakannya.
Maka Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang timbul-tenggelam.  
Yang beredar dan terlindung.  
Dan malam apabila hampir luput.  
Dan subuh apabila mulai terang.  
Sesungguhnya ia benar-benar perkataan utusan yang mulia.  
Yang memiliki kekuatan di sisi Pemilik ‘Arash yang kukuh.  
Yang ditaati di sana lagi dipercayai.  
Dan sahabat kamu bukanlah seorang yang gila.
Dan sesungguhnya dia telah melihatnya di ufuk yang terang.  
Dan tidaklah dia dapat dituduh atas hal-hal yang ghaib.  
Dan ia  bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk.  
Maka ke manakah kamu hendak pergi lagi?  
Tidaklah ia itu melainkan peringatan bagi sekalian alam.  
Bagi siapa antara kamu yang ingin menempuh jalan yang lurus.  
Dan kamu tidak akan berkehendak kecuali jika dikehendaki oleh Allah, Rab (Tuhan) semesta alam.

2 komentar:

SKN mengatakan...

baguuuus :') inspiratif banget buat ditambah2in dalam doa.. huehehehe

Unknown mengatakan...

Amnii. Makasih Suci :-)